Tinggalkan Link anda untuk saya ikut anda

Ahad, 8 Januari 2012

SEDIHNYA....

 Barangkali ramai yang tidak mengetahui betapa gigihnya budak-budak KRS dalam melaksanakan aktiviti yang diberikan. Salah satu yang amat menyentuh jiwa adalah sewaktu pertandingan kawad. Mereka tampil dengan gaya dan penuh krtrampilan. Segak, cantik dan kemas.

Tapi tahukah anda bahawa, mereka mengambil masa melakukan beberapa perkara sebelum bertanding;

1. Latihan dibawah panas matahari- dah tentu. Paling kurang dua tiga jam sehari. Kadang kala mengambil masa selama dua minggu. Yang cerah bertukar perang. Yang perang bertukar hitam. yang hitam bertambah hitam. Bagi KRS puteri lagi menyedihkan terutama yang bertudung. Bila buka tudung ada garisan pemisah antara yang terlindung dan terbuka di kawasan muka. Berminggu-minggu pula nak dapatkan warna asal kulit.

2. Pinjam meminjam- bukan semua aksesori atau unifom yang mereka pakai adalah hak mereka. Ada yang terpaksa meminjam dari rakan-rakan. Paling susah nak mendapatkan kasut kawad. Mudah didapati tetapi saiz pulak tak ada. Terpaksa sumbat kertas surat khabar. dah jadi macam kasut Mc D. Tapi kerana kawad, apapun tak kisah. 

3. Tak dapat meminjam ada sekolah yang melakukan tindakan paling agresif-menyewa dari sekolah yang memiliki kasut. kalau sepasang RM3 bayangkan kalau 31 pasang. Terbang juga duit Guru penasihat atau PK Koko.

Kalau difikirkan setiap anggota yang menyertai pasukan kawad akan menghabiskan lebih kurang RM 100 hingga RM 200 untuk persediaan kawad. termasuk makan sewaktu petang, tambang pergi balik, aksesori dan sebagainya.....

Tapi kagumnya.... meraka tetap berusaha MELAKUKAN YANG TERBAIK untuk MENJADI YANG TERBAIK di kalangan YANG TERBAIK. Syabas KRS

Jumaat, 6 Januari 2012

KRS DALAM PELBAGAI GAYA








Perkara Yang Selalu Terjadi Sewaktu Kawad

Kalah atau menang
Komplen kerana tak puas hati pada yang menang
Komplen hakim konon berat sebelah
Tak faham kehendak format pertandingan
Menangis sebab menang atau kalah
BUAT TAK KISAH JE
kalah menang  selamba jer



LENSA BUDAK-BUDAK KRS DAN RAKAN-RAKAN MEREKA




Rabu, 4 Januari 2012

PENUBUHAN ALUMNI KRS MALAYSIA

Bagi bekas anggota KRS yang berminat menyertai ALUMNI KRS MALAYSIA sila hantar maklumat berikut ke alamat email berikut:

1.Nama penuh
2. Email
3. Alamat perhubungan
4, Sekolah dahulu ke

krsmalaysiablogger@gmail.com

KRS OH KRS

Ramai bekas-bekas KRS bertanya, bolehkah tidak kami menyertai KRS. Jawapannya tentu tidak. Kerana KRS sebuah badan untuk pelajar sekolah milik KPM. Memang mereka minat nak beraktiviti. Nak meneruskan legasi KRS seperti pengakap Kelana dan sebagainya.

Aku terfikir nak wujudkan satu alumni untuk KRS yang berminat. Macam sebuah pertubuhan yang boleh menyumbang untuk kemasyarakatan. Agak-agak ada yang berminat? Kita bentuk Jawatan Kuasa Penaja kemudian kumpulkan rakan-rakan, Bincang elok-elok dan kemudian kira daftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Seterusnya kita laksanakan aktiviti macam dulu-dulu sewaktu KRS tapi dengan skop yang lebih luas..ADA BERANI- mesej aku

BILA KASUT MELAYANG.........

Baris... dari kanan cepat jalan.

maka dengan segak adik-adik TKRSpun mengatur langkah. Gagah. Tapi orang gelak kuat????
Apa hal. Kamipun meneliti apa yang terjadi.... RUPANYA SALAH SEORANG ADIK TU KASUTNYA YANG MELANGKAH DULU. Tapi dia slamber jer... teruskan langkah kiri dan kanan. Buat satu pusingan dan kemudian sarung kasut semula. Memang PRO adik tu.

Dan penonton BERTEPUK KUAT.......
Biarpun pasukan dia KALAH tapi dia menang GAYA