Barangkali ramai yang tidak mengetahui betapa gigihnya budak-budak KRS dalam melaksanakan aktiviti yang diberikan. Salah satu yang amat menyentuh jiwa adalah sewaktu pertandingan kawad. Mereka tampil dengan gaya dan penuh krtrampilan. Segak, cantik dan kemas.
Tapi tahukah anda bahawa, mereka mengambil masa melakukan beberapa perkara sebelum bertanding;
1. Latihan dibawah panas matahari- dah tentu. Paling kurang dua tiga jam sehari. Kadang kala mengambil masa selama dua minggu. Yang cerah bertukar perang. Yang perang bertukar hitam. yang hitam bertambah hitam. Bagi KRS puteri lagi menyedihkan terutama yang bertudung. Bila buka tudung ada garisan pemisah antara yang terlindung dan terbuka di kawasan muka. Berminggu-minggu pula nak dapatkan warna asal kulit.
2. Pinjam meminjam- bukan semua aksesori atau unifom yang mereka pakai adalah hak mereka. Ada yang terpaksa meminjam dari rakan-rakan. Paling susah nak mendapatkan kasut kawad. Mudah didapati tetapi saiz pulak tak ada. Terpaksa sumbat kertas surat khabar. dah jadi macam kasut Mc D. Tapi kerana kawad, apapun tak kisah.
3. Tak dapat meminjam ada sekolah yang melakukan tindakan paling agresif-menyewa dari sekolah yang memiliki kasut. kalau sepasang RM3 bayangkan kalau 31 pasang. Terbang juga duit Guru penasihat atau PK Koko.
Kalau difikirkan setiap anggota yang menyertai pasukan kawad akan menghabiskan lebih kurang RM 100 hingga RM 200 untuk persediaan kawad. termasuk makan sewaktu petang, tambang pergi balik, aksesori dan sebagainya.....
Tapi kagumnya.... meraka tetap berusaha MELAKUKAN YANG TERBAIK untuk MENJADI YANG TERBAIK di kalangan YANG TERBAIK. Syabas KRS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan