Buku Log? Apa yang dimaksudkan dengan Buku Log KRS. Anggota KRS haruslah mengetahui bahawa penglibatan mereka dalam KRS dinilai berdasarkan kenaikan pangkat. Dan pada setiap kenaikan pangkat, akan ada markahnya untuk Aktiviti Kokurikulum. Pertama tentukan matlamat anda. Selepas itu, apa yang harus anda lakukan sewaktu menyertai KRS atau TKRS.
Sebelum memulakan aktiviti, disarankan setiap anggota menyediakan sebuah buku. Sebaik mungkin buku yang berkulit tebal dengan ketebalan antara 300 hingga 400 muka surat. Hiasi dengan identiti KRS kemudian balut dengan plastik kerana aktiviti KRS tidak mengira tempat dan cuaca. Ada kalanya anda akan berada dalam cuaca yang kurang elok seperti hujang dan sebagainya. Sertakan sehelai plastik lagi untuk membalut buku anda agar selamat.
Apa yang harus anda isikan? Persoalan yang selalu ditanyakan. Cadangan saya adalah apa sahaja yang berupa catatan pengalaman anda, catatan latihan anda, bahan-bahan latihan atau pelaporan yang perlu dan sesuai dengan KRS.Terdapat juga anggota yang malas menulis. Mereka menggunakan komputer untuk mencetak bahan dan kemudiannya menampal ke dalam Buku Log. Sesuatu yang baru dalam era teknologi. Anda juga boleh memasukkan bahan-bahan yang anda muat turun dari internet untuk ditampal ke dalam Buku Log. Sebaik mungkin kelaskan bahan tersebut menurut sukatan KRS atau TKRS yang telah ditetapkan.
Bahagikan Buku Log kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pemeriksaan dan pencarian data. Buku Log yang telah anda isikan sebaik mungkin dihantar kepada Jurulatih atau Pegawai Pasukan anda untuk diperiksa. Dan jika sesuai bahan tersebut boleh digunakan untuk Ujian Kenaikan Pangkat kelak. Jadikan Buku Log sebagai dairi atau catatan harian anda dan suata masa boleh anda arkibkan di sekolah atau sebagai bahan sejarah untuk anak-anak anda suatu masa nanti.
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan