Tinggalkan Link anda untuk saya ikut anda

Selasa, 3 Januari 2012

Entri Pertama

Tutorial ini dihasilkan berdasarkan pengalaman selama hampir 20 tahun dala  mengendalikan aktiviti kokurukulum bermula dari pergerakan Pengakap, Kadet Polis, PKBM (L), sebagai anggota JPAM dan RAW dan kini diteruskan dalam Pasukan KRS.

Pelbagai pahit maung pernah ditempah sekadar memenuhi kehendak tugas dan juga minat dalam bidang aktiviti luar. Apa yang pasti, dunia kokurikulum ini penuh cabaran dari pelbagai sudut. Antara aspek pertama yang harus diberikan perhatian adalah keselamatan diri dan juga mereka yang bersama melaksanakan aktiviti. Tiada jalan pintas dalam mememastikan keselamatan terjamin. Standard Operation Procedure haruslah diberikan perhatian utama. Tanpa SOP, pelbagai masalah mungkin timbul dan kita akan kehilangan arah tujuan.

Dan tidak sunyi juga dari hasad dengki, fitnah dan sebagainya. Biarlah apa yang orang lain kata tetapi misi anda sebagai penggiat KRS harus pasti. Dengki khianat adalah permainan dalam kehidupan yang sukar untuk kita elakkan. Bukan semuanya masakan yang ibu kita sediakan kita gemari. Adakalanya kita tidak mengemari masakannya. begitulah dengan dunia kokurikulum. Kadang kala kita telah melakukan usaha yang terbaik namun kadang kala ada yang masih tidak senang kerana itu adalah sifat manusia. Biarkan sahaja. biarkan begitu sahaja.

Dan yang paling penting adalah minat yang mendalam tyerhadap apa yang kita lakukan. Lakukan dengan minat dan kesungguhan maka kita akan merasai kenikmatan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujang... kadang kala ada komen yang kurang menyeronokkan. Ada kala kita bertemu dengan rakan-rakan yang kadang kala terlalu memandang rendah status seseorang, adakala kita temui rakan yang memilih rakan-rakan mereka sahaja. Biarkan... biarkan begitu sahaja.

Apapun, salam 1KRS, Salam 1 Malaysia. Semoga KRS semakin mantap, matang dan terus menjadi legasi dalam dunia anak-anak didik. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan